16 July 2017


PENGUMUMAN 1 : BERMULA 1 OGOS - Harga stokis ditetapkan pada 30% dan dropship pada 12%

Struktur harga ini adalah merupakan struktur harga asal sebelum adanya program pengekalan pelanggan diamond customer dan gold customer.

Dulu harga complete set 429 adalah sebenarnya 399- dan komisen asal stokis ialah 30%

Harga telah dinaikkan ke 429 supaya stokis boleh membuat penawaran yang lebih baik dan boleh menjalankan program pengekalan pelanggan diamond dan gold customer.

Ini telah membolehkan para stokis menikmati komisen yang tinggi sehingga 42% sepanjanga 6 bulan pertama 2017.

Dengan ini juga, saya umumkan bahawa program pengekalan pelanggan diamond dan gold customer kini ditamatkan. Ia hanya digunapakai untuk pelanggan diamond dan gold customer sedia ada sahaja.

Tiada lagi pelanggan diamond baru atau pelanggan gold baru.

keputusan ini dibuat setelah pihak syarikat membuat kaji selidik dengan beberapa target subjek dalam kalangan diamond customer sendiri... dan program ini sebenarnya tidak begitu dihargai oleh pelanggan, kerana mereka beranggapan bahawasanya company memang nak menjual dengan harga tersebut dan harga 429 bukan harga jualan sebenar.

untuk program pengekalan pelanggan, company akan buat sistem point dan sistem reward



ini juga bermakna para stokis boleh membuat order complete set pada harga 30% dari harga 429 dan bukannya membeli seperti sekarang. Ini supaya, komisen stokis tidak berkurang dari 30% walau apa keadaan sekalipun


PENGUMUMAN KEDUA - BERMULA 1 OGOS - pihak company meletakkan yuran perkhidmatan RM100 sebulan kepada setiap stokis

Pada asalnya, pihak syarikat memberikan khidmat ini secara percuma. Tetapi disebabkan ia diberikan secara percuma, ia telah menyebabkan progress stokis dan progress bisnes terbantut.

ini kerana, saya mempunyai kekangan masa dan tenaga untuk melaksanakannya.

untuk makluman rakan2, rate seorang advertiser yang menjalankan ads kepada client ialah antara 1500- 3000 sebulan, tetapi saya telah melakukannya secara percuma.

juga apabila saya telah terpaksa run ads kepada 50 stokis, saya tidak lagi dapat melihat data2 bisnes stokis dengan lebih teliti. Ini telah menimbulkan kerugian di pihak stokis dan juga di pihak syarikat.

kita juga harus menerima hakikat bahawasanya kita mempunyai banyak task yang perlu dijalankan. Sebagai contohnya pengurusan akaun stokis, pengurusan content dan lain lain

walaupun saya mempunyai kemahiran, tetapi saya tdak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankannya seorang diri.

saya cuba mendapatkan bantuan para stokis, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana stokis juga sibuk.

Kesan paling besar kepada bisnes ini ialah, saya tidak lagi dapat duduk merancang perjalanan bisnes dan menyediakan panduan panduan untuk membantu tuan puan membina bisnes.

Suka tak suka saya mesti dapatkan pembantu.. dan kini saya telah pun menggaji 9 orang pembantu untuk membantu saya dalam menjaga urusan stokis.

Jika tuan puan perhatikan, sekarang ini setiap stokis ada 7 orang staff yg siap sedia membantu para stokis dalm pelbagai urusan.

dan ini semua kos yang kita perlu tanggung bersama. Pada kos yang sebegitu, rm100 sebulan ialah jumlah yang murah dan rendah, dan jumlah ini hanya dapat menampung sebahagian sahaja dari keperluan penggajian untuk membantu stokis.


PENGUMUMAN KE 3 - bermula serta merta stokis tidak perlu lagi membuat copywriting, headline dan seumpamanya. Ini akan dilakukan oleh company dengan menggaji copywriter professional

kos satu copywriting ialah RM150.00
kos satu gambar untuk iklan  ialah RM150

tapi jumlah ini perlu dilaburkan oleh company supaya iklan para stokis tidak merugikan para stokis. Selama sebulan ni, saya dan beberapa rakan yang agak pakar memerhatikan data iklan semua stokis dan kami memikirkan jalan bagaimana untuk memastikan iklan rakan2 akan untung

walaupun begitu, kami dapati, pihak stokis tak dapat ikut panduan2 yang diberikan walaupun telah diulang beberapa kali.

atas dasar itu, kami perlu mengambil langkah ini supaya wang iklan stokis tidak rugi.

bagi tujuan ini, tidak ada kos tambahan dikenakan. Semua kos yang terlibat akan diambil dari yuran stokis sebanyak RM100 sebulan.

kami akan membuat analisa dan penilaian pengurusan kos secara berkala, dan kami akan mengupah tenaga professional untuk memberikan pendapat tentang apa yang patut dilakukan.


kami harap dengan bersungguh2 membuat keputusan mengikut data akan menjadikan bisnes ini lebih menguntungan bagi semua pihak

Comments

Popular posts from this blog